Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam menempelak Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya mendapatkan nasihat undang-undang yang betul sebelum mengulas mengenai penggunaan artikel 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah.
Jelas ADUN Kundasang itu lagi, kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah mengatakan bahawa perkara 6(7) hanya terpakai jika; sejurus selepas Pilihan Raya Negeri dan sebuah parti politik memenangi lebih daripada 50 peratus kerusi yang dipertandingkan.